Resepi Buat Aiskrim Coklat (Mengikut Perasa yg Disukai)

Resepi Buat Aiskrim Coklat (Mengikut Perasa yg Disukai)

Bahan -bahan:
4 kuning telur
1/2 cawan gula
500 ml susu (gunakan susu kotak - pilihan saya susu dutch lady)
1 sudu teh tepung jagung
3 sudu besar serbuk koko
250 gm krim putar (whiping cream)

Cara - Cara Membuat :
Masak kesemua bahan kecuali krim putar dan biarkan sejuk.

Setelah sejuk, simpan di dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 2 jam.

Pukul krim putar sehingga pekat (terbentuk garis-garis melengkung pada krim).

Campurkan krim putar bersama bahan 1. Gaul rata (gunakan senduk sahaja, tidak perlu putar).
Simpan di dalam peti sejuk beku semalaman. Setelah itu, keluarkan dan pukul (dengan mixer) sehingga aiskrim menjadi dua kali ganda banyaknya.

Masukkan aiskrim ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk beku sehingga mengeras dan boleh dihidang.
Sebagai tambahan, anda boleh campurkan coklat cip, coco crunch atau coklat kit kat pada aiskrim anda...

@resepi_dapur_sedap

No comments:

Post a Comment

Resepi cucur jejari viral

Resepi cucur jejari viral 2 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan air 3 sudu minyak 1 kiub ayam 2 batang cili hijau, potong dadu kecil Sedi...