RESEPI APAM BERAS SUPER GEBU
=============================
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air suam
1 sudu kecil yis
1 paket kecil eno - tanpa perisa
Pewarna - jika suka
Caranya:
1.Blend nasi dengan air hingga halus.
2.Masukkan gula(saya guna 1/2 cawan je), tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati.
3. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam atau semalaman. (Jangan kejap buka kejap tutup pulak).
4.Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan. Masukkan pewarna yang disukai dan biar sebentar.
5.Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak. Isikan hanya 1/2 penuh sahaja. Kukus selama 15 minit dengan api kuat.
Boleh di makan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam. (Kukus sekejap untuk dapatkan kelapa parut yang tahan lama dan tak mudah basi).
SELAMAT MENCUBA.😀😀😀
Kredit Resepi : Habibah Othman
@resepi_dapur_sedap
No comments:
Post a Comment