Resepi cucur jejari viral

Resepi cucur jejari viral

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
3 sudu minyak
1 kiub ayam
2 batang cili hijau, potong dadu kecil
Sedikit udang kering, rendam dan tumbuk halus
Sedikit daging ayam yg direbus tumbuk halus
Sedikit lada sulah
Sedikit serbuk kunyit

Cara cara

Gaul terlebih dahulu semua bahan bahan kecuali minyak dan air. Setelah sebati ketepikan.

Didihkan air bersama minyak, kemudian tuang ke dalam  campuran tepung tadi, gaul guna sudip kayu hingga sebati.

Setelah sebati ketepikan. Agak sejuk canai doh dan bentukkan. Boleh terus digoreng dan siap dihidangkan bersama teh tarik atau kopi o panas.

P/s : Dah pakai kiub ayam 1 buku tak payah garam, sbb dah cukup rasa

Kredit resepi : FB : De Puspa Wangi


Koleksi Resipi Masakan Chinese Yang Mudah & Halal.

Koleksi Resipi Masakan Chinese Yang Mudah & Halal.



1. UDANG HARIMAU GORENG BERSAMA KUNING TELUR DAN PLANTA

BAHAN-BAHAN:

600gm udang | bersihkan

5gm daun kari

2 biji cili padi | cincang

2 biji kuning telur masin

150gm planta

10gm serbuk ayam

5gm gula

50gm susu cair

Minyak masak secukupnya

Air untuk mengukus secukupnya

CARA MEMASAK:

Kukus telur masin selama 15 minit. Sejukkan. Kemudian ambil kuningnya sahaja dan cincang.

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang harimau sehingga masak. Ketepikan.

Panaskan planta dan masukkan kuning telur masin yang dicincang. Diikuti cincangan cili padi dan goreng sekata.

Masukkan udang harimau yang siap digoreng dan kacau bersama susu cair selama seminit.

Angkat dan sedia dihidangkan.

 

2. IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW

BAHAN-BAHAN

1 ekor ikan kerapu | bersihkan

Air secukupnya

BAHAN SOS TEOH CHEW:

100gm sayuran masin | hiris

1 biji tomato | belah enam

30gm cendawan hitam | cincang

2 biji cili padi | hiris

5gm halia | hiris

1 biji jeruk plum

500gm sup ayam

60gm serbuk ayam

20gm garam

10gm gula

2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.

Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.

Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.

Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi.

Sedia dinikmati.

 

3. HONG KONG CHOY SAM GORENG BERSAMA AYAM KISAR DAN CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:

700gm Hong Kong Cyoh Sam

200gm isi ayam | kisar

50gm cendawan | hiris

50gm bawang putih | cincang

1 sudu teh sos tiram

1 sudu teh kicap pekat

1 sudu teh kicap manis

Sedikit serbuk ayam

Garam dan gula secukupnya

Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng Hong Kong Choy Sam bersama separuh daripada bawang putih hingga terbit bau harum.

Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.

Tumis baki bawang putih dan masukkan ayam dan cendawan. Tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk ayam. Gaul sekata sehingga masak.

Tuang sos di atas sayur tadi. Sedia dinikmati.


4. DEEP FRIED SHIMEIJI MUSHROOM WITH SALTED EGG YOLK

BAHAN-BAHAN:

50gm cendawan Shimeiji – bersihkan, asingkan batang

3 biji kuning telur masin

2 sudu makan serbuk keju Parmesan

1 sudu teh serbuk pati ayam

Gula secukup rasa

100gm mentega

100gm tepung gandum

60gm air

Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:

Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).

Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi.  

Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai.

Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.

Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan goreng.

Hidangkan ketika panas.

 

5. SZECHUAN BEEF

BAHAN-BAHAN

600gm daging lembu – bersihkan dan potong dadu

150gm lada benggala hijau, kuning dan merah – potong dadu

50gm lobak merah – hiris nipis & bentukkan seperti bunga

20gm cili kering – potong

30gm Spicy Hot Bean Sauce

20gm sos tiram

10gm serbuk pati ayam

4 sudu makan air

Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.

Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.

Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serb


ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.

Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.

Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.


@DapurDJasmine 🍹



AYAM GORENG SOS TIRAM

RESEPI :

AYAM GORENG SOS TIRAM
https://t.me/MasakApaHariNi

🌼🌺🌸🌼🌺🌸🌼🌺🌸🌼🌺🌸

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam...potong kecil2
2 labu bwg besar
5 biji bwg putih
kacang panjang
cili merah
sos tiram
kicap

Cara-cara:

1. Lumurkan ayam dgn kunyit, goreng separuh masak

2. Ketepikan

3. Tumiskan bawang putih, sos tiram, kicap dan bawang besar.

4. Masukkan ayam dan cili merah, kacau sampai sebati

5. Sedia untuk dihidangkan!

Ais Krim Pistachio Ala Baskin Robbin

RESEPI :

Ais Krim Pistachio Ala Baskin Robbin

Popular (chef obie)
https://t.me/MasakApaHariNi

🌼🌺🌸🌼🌺🌸🌼🌺🌸🌼🌺🌸

Bahan:
4 biji Kuning Telur
1 biji Telur
300gm Gula Castor
50gm Gula Perang
500ml Susu uht ( Ducth Lady / Magnolia / HL )
200gm Pistachio Paste
800gm Whipping Cream ( Anchor Brand )
Esen Vanilla
100 gm White Coklat Kouverture+ dark coklat ( di cincang kasar  )
100 gm Deli Karamel ( boleh didapati di kedai pembekal bahan bakeri )
100 gm Almond stick
pewarna hijau epal

Cara Buat:

1.Pukul Telur kuning + telur + gula castor sehingga separuh gebu , kemudian masukkan gula perang teruskan pukul sehingga gebu.

2.Dalam pot- panaskan susu coklat + pistachio paste + esen vanilla sedikit , pastikan jangan sampai mendidih , cukup sekadar panas - panas  suam . Dalam bekas lain pukul whipping cream sehingga kental .

3.Kemudian masanya untuk mencampurkan susu uht bersama bahan yang telah dipanaskan tadi ke dalam whipping cream yang telah dipukul kental ( sila guna spatula plastik atau wooden ) kaup dan kacau perlahan dan bahan terakhir jangan lupa yea.. masukkan coklat yang telah dicincang kasar , almond stick , deli caramel juga sedikit pewarna hijau kacau lagi sehingga sebati.

4.Tuangkan ke dalam bekas plastik container untuk disejukkan.Simpan dalam freezer sebaiknya 24 jam.

Resepi Rebusan sirih+bunga cengkih

Resepi Rebusan sirih+bunga cengkih

1001 Khasiat utk ubati Resdung, Biasa Saraf, Bau Badan dan ketiak, bisul dan bengkak, masalah wanita, keputihan,  bengkak gusi, bau mulut, batuk dan byk lagi..

Sesuai utk hilangkan bau badan
Untuk keputihan
Kurangkan bisa urat saraf

BAHAN2

1) 5 helai daun sirih
2)3 kuntum bunga cengkih
3) 3gelas air

* rebus 3 gelas sampai jd 1 gelas. Minum bila suam. InsyaAllah

Khasiat dan 10 Petua Dari Daun Sirih

1. Membantu Masalah Resdung

Sedut air rebusan sirih perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.

2. Pencuci Dan Penyegar Muka

Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan jerawat.

3. Mencegah Bau Ketiak

Rendam 2-3 helai daun sirih dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam-suam kuku. Asingkan daun sirih kemudian diminum. Amalkan 2-3 kali seminggu.

4. Menyegarkan Dan Mencegah Bau Badan

Rebus daun sirih secukupnya untuk dibuat mandian.

5. Ubat Bisul Dan Bengkak

Ambil beberapa helai daun sirih, sedikit gambir dan kapur. Tumbuk sehingga lumat dengan sedikit air. Kemudian sapukan di sekeliling bisul tersebut. Biarkan sehari semalam. Ulang sehingga pulih.

6. Membantu Masalah Wanita

Ambil daun sirih secukupnya dan direbus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat cebok atau membersihkan alat sulit.

7. Hidung Berdarah

Ambil sehelai daun sirih, diramas sehingga lembut kemudian sumbatkan ke dalam lubang hidung. Dongakkan sedikit kepala dan bernafas seperti biasa. Selang beberapa minit pendarahan akan berhenti.

8. Masalah Gusi Dan Bau Mulut

Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur-kumur sehingga bersih dari sisa-sisa sirih. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

9. Masalah Batuk

Minum setengah cawan air rebusan sirih setiap malam sehingga masalah batuk berkurangan.

10. Tangas basah sirih

Rebus sirih +asam gelugor+garam+ manjakani. Wap rebusan dijadikan tangas

#SHARE Andai bermanfaat.

Kredit : ‎Norliza Mohd Salleh
Group : Masak Apa Hari Ni.

Apam Aiskrim Cornetto

Apam Aiskrim Cornetto
👨🏻‍🍳👩🏻‍🍳

Apam persis aiskrim ni sangat menarik. Teksturnya yang lembut dan gebu serta dihiasi coklat berkacang yang enak. Memang unik!

BAHAN-BAHAN:

190gm tepung gandum | diayak
2 biji telur
60gm gula
90ml aiskrim soda
1/2 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanila
Pewarna kegemaran
Kon kertas secukupnya
100gm coklat masakan | dicairkan
Badam panggang cincang | hiasan

CARA MEMASAK:
Pukul gula dan telur sehingga gebu dan ringan.
Masukkan tepung  dan kaup balikkan sehingga! sebati.
Kemudian masukkan aiskrim soda dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan anda.
Susun kon di dalam periuk kukusan dengan meletakkan hujung kon pada lubang kukusan.
Paipkan adunan selapis demi selapis mengikut warna pilihan anda.
Kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana sehingga apam masak. Biarkan seketika sehingga apam sejuk.
Cairkan coklat masakan, tuang di atas apam dan taburkan badam dengan secukupnya.
Masukkan ke dalam peti sejuk seketika untuk mengeraskan coklat.
Tanggalkan kertas kon dan sedia untuk dinikmati.

Info chef: Ketika mengukus, pastikan kon diisi dalam bekas kukusan paling atas manakala bekas kukusan lapisan kedua dibiarkan kosong bagi mengelakkan acuan basah.

@DapurDJasmine 🍹

Mudah Tuna & Cheese Rolls | Untuk 1 orang

Mudah Tuna & Cheese Rolls | Untuk 1 orang

👨🏻‍🍳👩🏻‍🍳
Bahan-bahan:
Tuna with Chili Padi TC Boy - 1 tin
Puff Pastry - 1 keping
Greek Yogurt - 1 sudu
Lada hitam - sedikit
Daun bawang - hiris secukupnya
Mozarella cheese - sagat secukupnya

Cara-cara:
Keluarkan puff pastry dari peti ais dan biarkan pada suhu bilik dalam 15 minit atau sehingga lembut.
Sapukan yogurt pada permukaan pastry
Letak tuna diatasnya
Tabur daun hirisan daun bawang dan letak sedikit lada hitam
Tabur cheese secukupnya
Gulung pastry kemudian potong
Letak diatas dulang pembakar dan sapukan telur diatas pastry
Bakar 160C selama 20 minit
Siap dimakan

@DapurDJasmine 🍹

Resepi cucur jejari viral

Resepi cucur jejari viral 2 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan air 3 sudu minyak 1 kiub ayam 2 batang cili hijau, potong dadu kecil Sedi...