Koleksi Resipi Masakan Chinese Yang Mudah & Halal.
1. UDANG HARIMAU GORENG BERSAMA KUNING TELUR DAN PLANTA
BAHAN-BAHAN:
600gm udang | bersihkan
5gm daun kari
2 biji cili padi | cincang
2 biji kuning telur masin
150gm planta
10gm serbuk ayam
5gm gula
50gm susu cair
Minyak masak secukupnya
Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
Kukus telur masin selama 15 minit. Sejukkan. Kemudian ambil kuningnya sahaja dan cincang.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang harimau sehingga masak. Ketepikan.
Panaskan planta dan masukkan kuning telur masin yang dicincang. Diikuti cincangan cili padi dan goreng sekata.
Masukkan udang harimau yang siap digoreng dan kacau bersama susu cair selama seminit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
2. IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan kerapu | bersihkan
Air secukupnya
BAHAN SOS TEOH CHEW:
100gm sayuran masin | hiris
1 biji tomato | belah enam
30gm cendawan hitam | cincang
2 biji cili padi | hiris
5gm halia | hiris
1 biji jeruk plum
500gm sup ayam
60gm serbuk ayam
20gm garam
10gm gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.
Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
Sedia dinikmati.
3. HONG KONG CHOY SAM GORENG BERSAMA AYAM KISAR DAN CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
700gm Hong Kong Cyoh Sam
200gm isi ayam | kisar
50gm cendawan | hiris
50gm bawang putih | cincang
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh kicap manis
Sedikit serbuk ayam
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng Hong Kong Choy Sam bersama separuh daripada bawang putih hingga terbit bau harum.
Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
Tumis baki bawang putih dan masukkan ayam dan cendawan. Tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk ayam. Gaul sekata sehingga masak.
Tuang sos di atas sayur tadi. Sedia dinikmati.
4. DEEP FRIED SHIMEIJI MUSHROOM WITH SALTED EGG YOLK
BAHAN-BAHAN:
50gm cendawan Shimeiji – bersihkan, asingkan batang
3 biji kuning telur masin
2 sudu makan serbuk keju Parmesan
1 sudu teh serbuk pati ayam
Gula secukup rasa
100gm mentega
100gm tepung gandum
60gm air
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi.
Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai.
Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan goreng.
Hidangkan ketika panas.
5. SZECHUAN BEEF
BAHAN-BAHAN
600gm daging lembu – bersihkan dan potong dadu
150gm lada benggala hijau, kuning dan merah – potong dadu
50gm lobak merah – hiris nipis & bentukkan seperti bunga
20gm cili kering – potong
30gm Spicy Hot Bean Sauce
20gm sos tiram
10gm serbuk pati ayam
4 sudu makan air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serb
ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.
@DapurDJasmine 🍹
No comments:
Post a Comment