RESEPI KUIH BINGKA UBI
.
Bahan-Bahan :
4 cawan ubi parut (ubi kayu anggaran 2 kg)
1 cawan gula pasir
2 telur
1/2 sudu garam
1 1/2 cawan santan pekat ( jgn cair nanti adunan lembik )
2 sudu besar minyak- untuk campur dalam adunan
2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
sedikit mentega/butter – untuk tabur atas kuih sebelum di bakar
beberapa titik pewarna kuning
.
Cara Membuat :
1. Blend ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu @pati ubi kayu yg berada dibekas selepas air dibuang ( Kalau ubi dah parut terus sukat 4 cawan ubi)
2. Campurkan sagu ubi @pati ubi kayu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.
3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.
4. Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati
5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.
7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.
8. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada tahap kerak yang anda suka....bergantung kepada oven
9. Potong bila dah sejuk.
RESEPI KUIH BINGKA UBI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Resepi cucur jejari viral
Resepi cucur jejari viral 2 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan air 3 sudu minyak 1 kiub ayam 2 batang cili hijau, potong dadu kecil Sedi...
-
Satar Terengganu 😍 Bahan-Bahan : 2kg ikan Tamban atau ikan Selayang ditumbuk lumat 1 biji kelapa tidak terlalu tua atau muda ...
-
Apam Aiskrim Cornetto 👨🏻🍳👩🏻🍳 Apam persis aiskrim ni sangat menar...
-
Resepi Acar Buah( 5kg): 8-10 jenis buah berlainan jenis 100gm cili kering* 100gm rempah kari ikan 17 ulas bawang putih( sebiji2) 17...
No comments:
Post a Comment